Dia sudah melampau! – Zarina

TAK PERLULAH diperkenalkan lagi siapa Zarina Anjoulie Lavocah, 24, kerana menyebut nama itu sahaja sudah cukup untuk semua orang membayangkan betapa banyaknya kontroversi melibatkan wanita ini sepanjang perjalanannya sebagai seorang pelakon.

Paling diingati ramai ialah isu gambar seksi melampau yang dipamerkan oleh wanita ini untuk tatapan pembaca sebuah majalah di Indonesia pada tahun lalu.

Tutup buku lama mengenai isu seksi itu, pelakon yang mesra disapa Anju ini timbul pula dengan isu baru.

Anju dikatakan begitu berang dengan tindakan bekas peserta Akademi Fantasia musim 6 (AF 6), Lufya Omar yang didakwa suka bercerita mengenai tanggapan salah orang yang menyamakan dirinya dengan Anju.

Mungkin pada Lufya, apa yang dicanangkan cuma sekadar mahu menegakkan kebenaran lantaran dia tidak gemar dituduh sebagai artis kontroversi menyamai Anju.

Namun, apa yang dilakukan oleh Lufya itu mengundang rasa marah buat Anju memandangkan dia sebelum ini tidak pernah membuka mulut mengenai isu yang sama.

Lalu, Twitter menjadi medium buat Anju untuk melancarkan perang terhadap Lufya baru-baru ini.

MAHU lancar perang dengan Lufya. Apa masalah awak dengan dia?

Saya memang tak puas hati bila dia asyik bercerita dengan semua orang termasuk media betapa dia tak suka orang menyamakan dia dengan saya. Satu lagi tentang betapa dia tak suka orang cop dia begitu begini kerana kontroversi saya.

Apa yang awak tak puas hati sangat? Dia buat begitu nama awak pun naik sama?

Tak payah cari, saya dah memang popular pun. Saya rasa dia yang ada masalah nak cari populariti. Kenapa nak cakap benda yang sama berulang kali pada semua orang? Rimas bila orang cakap dia ialah saya? Artis seksi dan kontroversi? Punggung dia pernah kena raba sebab orang ingat dia ialah saya? Apa semua tu? Apa agenda dia?

Kenapa awak terlalu marah sedangkan awak mendakwa ramai yang keliru antara awak dengan dia?

Hello…sekali dua tak apalah. Kalau dah banyak kali? Benda ni dah bertahun-tahun terjadi. Tapi saya tak pernah buka mulut bagi apa-apa kenyataan. Itu yang saya bengang. Ingat dia seorang sajakah yang pernah terkena? Saya pun kena juga tahu!

Terkena bagaimana pula tu?

Kalau orang boleh sangka Lufya tu saya, si seksilah apalah, saya pun pernah dikutuk orang juga. Orang panggil saya ketiak lecak dan sebabnya hanya dia sahaja yang tahu! Tapi sikit pun saya tak bising sebab saya faham itu semua asam garam dunia hiburan. Tapi kalau dah bertahun-tahun dia asyik nak ulang tayang cerita sama, tu memang dah melampau. Punggung dia kena raba? Ceritalah kat mana dia kena raba tu? Saya sendiri pun, kalau keluar kemana-mana, tak pernah ada orang sengaja dekat dan raba saya. Mengarut betul.

Kalau awak pun sama nak marah, sampai bila isu nak habis?

Habis tu dia yang mulakan dulu. Cerita pasal muka kami sama tu pun dia yang mulakan. Dia nak jatuhkan saya ke apa? Sekarang bila saya buka mulut, orang mengata saya. Kalau ini yang dia nak, tak apa, saya akan sahut ‘permainan’ dia. Inilah masa untuk saya ‘membalas’ balik.

Balas bagaimana pula ni?

Maksud saya membalas kenyataan dia. Jangan sebab dia dah tak laku, maka dia boleh guna nama saya untuk meraih populariti dengan cara begini. Saya dah sabar lama. Orang tak tahu. Orang ingat saya ni lantang walhal saya ni manusia penyabar sebenarnya. Tapi semakin saya diam, semakin menjadi-jadi pula dia ni. Memang dia ni nak kena maki agaknya.

Teruk sangatkah jadi Zarina Anjoulie sampai semua orang menyampah sangat dengan awak?

Kalau saya ni teruk, tak adalah Mamat Khalid, KRU ambil saya bekerja untuk filem mereka. Sekurang-kurangnya nampak hasil kerja saya. Tahun ni pun saya sibuk dengan penggambaran filem termasuklah belajar. Tapi dia? Saya tak nampak apa-apa pun. Jadi, pandai-pandailah ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s