GAYA TIMELESS 2012

Helaian Perincian Kilau
Takut dipanggil over the top?Jangan risau, pemakaian baju berkilau dengan manik dan perincian harus ringkas kerana ia memberi satu statement yang sangat kuat. Justeru, padan yang sesuai adalah perlu. Tidak perlu mengenakan aksesori sarat jika anda memilih untuk bergaya dengan helaian yang penuh perincian.

Jaket Biker
Ini merupakan salah satu lagi item yang perlu ada di dalam gerobokmu. Jika jaket dandy memberikan gaya yang lebih bold, jaket ala biker pula memberikan gaya effortless rock chic. Warna hitam adalah sinonim dengan jaket ini. Boleh dipadankan dengan pelbagai jenis gaya, tidak terhad kepada seluar jeans sahaja, malah anda boleh memadankannya dengan dress labuh atau pendek yang anda miliki.

Baju Panas Berkait(Knitwear)
Tampil kelihatan sedikit sporty dengan knitwear. Pemilihan baju kait yang jarang memberikan aura seksi kepada si pemakai, dipadankan dengan singlet warna senada di dalam dan paduan skirt pendek berlisu atau skinny jeans. Kasut Oxford menjadi pelengkap gaya ini.

Beg Tote
Women can never leave the house without a bag’, benar kata pepatah ini. Besar atau kecil, beg pasti menjadi pengiring setia pelengkap gaya. Namun, beg tote menjadi gaya yang tidak akan pernah mati ditelan zaman. Pastikan anda memilikinya, selain mudah untuk dibawa ianya begitu praktikal, segalanya boleh dimuatkan dan dibawa kemana sahaja destinasi yang anda tujui. Kini, beg tote boleh didapati dengan pelbagai jenis fabrik dan jenama mengikut cita rasa anda!

Jeans Potongan Boot & Skinny
Helaian ini hadir dalam pelbagai gaya; straight, bell bottom, high waisted atau low-waisted. Namun yang paling laris dan popular merentas zaman adalah potongan boot dan skinny. Kedua-dua item ini sesuai digayakan dengan pelbagai jenis top. Jika mahu tampil kasual padankan sahaja dengan kemeja mengikut potongan badan dan kasut tumit tinggi. Gaya classy ini menangkap setiap mata yang memandang.

Pump Shoes
Kasut Pump terdapat dalam berbagai jenis, ada yang bertapak rata, bertumit sederhana dan bertumit tinggi. Sebagai seorang kasut bertumit tinggi adalah satu aksesori dan stail yang harus ada. Namun gaya klasik plain tanpa sebarang perincian menjadi pilihan yang sesuai, harus anda ketahui kasut bertumit tinggi memberikan silhouette badan yang sempurna buat wanita!

Jaket Dandy
Suntikan gaya maskulin menjadikan wanita kelihatan bold. Warna hitam wajib ada kerana sesuai digayakan dengan apa sahaja warna. Tetapi jangan takut untuk memilih warna terang seperti merah atau pun shocking blue, mainan warna ini memberikan statement yang mudah tanpa perlu aksesori keterlaluan. Tidak tahu bagaimana hendak menggayakannya, ikuti tip mudah ini. Padankan jaket dandydengan kemeja atau t-shirt di dalam, bersama sepasang skirt berlisu serta sepatu loafer bertumit di kaki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s