Twitter : Shila Amzah Dituduh Membunuh & Sebabkan Kematian Peminat?

Kecoh sebentar semalam di dunia Twitter apabila Shila Amzah dituduh penyebab kematian seorang peminat!

Apa tidaknya, satu akaun yang menggunakan tweethandle bernama @kami_anti (kami anti shilaamzah) telah menuduh Shila Amzah sebagai penyebab kepada kematian kawan pemilik akaun Twitter ini. Akaun ini telah didaftar sehari selepas AJL 26 iaitu 30 Januari 2012.

Mungkin anda ingat ini sebagai satu publisiti murahan ataupun perkara yang mudah, namun bagi kami, isu kematian dan tuduhan seperti ini boleh diklasifikasikan sebagai fitnah yang kalau disalah tafsir, akan membawa keburukan. Dalam satu kenyataan @kami_anti, pemilik akaun Twitter ini dahulu adalah bekas peminat Shila dan kini membenci Shila kerana kawannya mati bergaduh disebabkan Shila Amzah.

Namun begitu, sebagai selebriti yang profesional, Shila hanya menganggap ancaman-ancaman begini hanyalah satu lagi dugaan sebagai artis dan tidak memandang berat sangat mengenai perkara yang terjadi. Biasalah, dalam dunia hiburan pasti ada saja orang yang tidak senang duduk dengan kejayaan orang lain.

Yang pasti, Shila Amzah telah membuat persembahan yang terbaik di Anugerah Juara Lagu 26 pada hari ahad lepas. Ngam!

Sumber : http://www.ohbulan.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s