Filem “Prince Of The City” Lakonan Aaron Aziz, Punya Unsur 18SX!

Fuhhh! Tidak tahu samada mahu terkejut atau kagum ataupun kecewa, filem arahan Julian Cheah turut mempunyai unsur 18SX!

Tapi tidak keterlaluan kami katakan kerana filem ini adalah untuk pasaran antarabangsa dan tidak disasarkan kepada pasaran tempatan sahaja. Mungkin sebab itulah adanya adegan seksi pelakon wanita, Tara yang hanya memakai bikini sahaja di tepi pantai.

Filem arahan Julian Cheah ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Jehan Miskin dan juga hero pujaan ramai, Aaron Aziz. Apa yang menarik, pelakon Hollywood iaitu Michael Madsen yang popular dengan filem Donnie Brasco turut sama membintangi filem ini dan menyerikan lagi babak-babak aksi ‘Prince Of The City’.

Apa-apa pun, kita tidak berani memberi apa-apa komen. Anda tonton sendiri trailer filem berjudul ‘Prince Of The City’ ini dan jangan mudah memberi pandangan. Pastikan tunggu sehingga filem ini ditayangkan di pawagam dahulu ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s