Seksinya Kak Ita !

Amboi Kak Ita kita ni makin daring sekarang. Gaya Kak Ita dan macam anak dara dah. Inilah foto Rozita Che Wan semasa menghadiri majlis ulang tahun pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab di ibu negara baru-baru ini.

Agaknya tema malam itu yang memerlukan Kak Ita berpakaian macam tu. Maklumlah majlis di sebuah kelab, pastilah temanya gaya-gaya berpesta di kelab gitew.

Gambar-gambar artis lain dalam majlis tu pun bergaya sakan. Agaknya konsep gothik kut, sebab ada yang bercelak hitam baik lelaki dan wanitanya.

Kiranya Kak Ita ni boleh mengalahkan penampilan pelakon muda tau! Adakah sebab dia sedang berkawan dengan aktor muda membuatkan Kak Ita pun terikut gaya orang muda?

Bukan nak kata Kak Ita buat kesalahan dengan pakai macam ni. Itu pilihan dan gaya dia. Biarkanlah. Dah majlisnya di sebuah kelab, takkanlah Kak Ita nak berbaju kebaya pulak. Masuk kandang kambing kena mengembik. Kalau masuk kandang harimau kenalah lari… kalau tak lari alamatnya jadi santapan indahlah.

Biarlah sekali sekala dia nak kembali melaram macam anak dara. Yalah masa dia anak dara dulu Kak Ita ni belum lagi terjun ke dunia glamor. Agaknya ala-ala gadis kampung yang naif gitU. Tak kan nak pakai macam ni kat kampung kan? Pening kepala mak dia nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s