Alvin and The Chipmunks 3 Bakal Mencuit Hati

TAJUK: Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked
GENRE: Komedi & Muzikal
PENGARAH: Mike Mitchell
PELAKON: Jason Lee, David Cross
EDARAN: 20th Century Fox

Sekali Imbas

Tiga beradik Chipmunks bersama Chipettes (versi betina) kembali lagi untuk siri ketiga bagi filem yang diadaptasi dari siri animasi Alvin and the Chipmunks. Filem pertamanya Alvin and the Chipmunks diterbitkan pada tahun 2007 disusuli dengan sekuelnya Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel pada tahun 2009.

Ulasan Penuh

Alvin and The Chipmunks asalnya merupakan siri animasi muzikal menampilkan tiga ekor tupai kecil yang berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian. Dihasilkan oleh Ross Bagdasarian Sr pada tahun 1958, Alvin and The Chipmunks lantas meraih populariti dan suara mereka yang unik telah menyebabkan Alvin yang terkenal dengan kenakalannya, Simon yang pintar dan Theodore yang montel dikenali seantero dunia atas telatah mereka.

Justeru pada tahun 2007, 20th Century Fox dengan kerjasama Regency Enterprises dan Bagdasarian Productions telah membawakan Alvin and The Chipmunks ke layar perak dalam bentuk live-action. Sambutan menggalakkan menyebabkan dua lagi sekuel telah diterbitkan dan terbaru Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked telah kembali menemui penonton untuk musim Krismas ini.

Masih lagi mengekalkan tema kekeluargaan, Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked bagaimanapun membawa sudut berlainan apabila kali ini keenam-enam tupai kecil ini (tiga Chipmunks dan tiga Chipettes) terpaksa berhadapan cabaran baru apabila mereka tersesat di sebuah pulau tidak berpenghuni akibat kenakalan mereka ketika percutian keluarga bersama penjaga mereka, Dave.

Tidak banyak yang dapat diulas penulis kerana filem ini memang ditujukan khas untuk kanak-kanak dan keluarga sempena cuti hujuing tahun. Cuma sesuatu yang menarik dapat penulis perhatikan, banyaknya rujukan yang ditunjukkan oleh The Chipmunks merujuk kepada ‘pop culture’ yang diketahui umum.

Antaranya ialah apabila Alvin meniru gaya James Bond, kemudian membayangkan diri mereka dikejar makhluk dalam filem Critters, berebut sejenis kacang oak yang mereka sebagai My Precious (merujuk pada filem Lord of The Ring) serta menyanyikan intro lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga sebagai merujuk kepada trend terkini.

Perubahan karekter Alvin dari seorang yang pencetus masalah kepada seorang yang bertanggungjawab juga menarik perhatian penulis, kerana pada dasarnya yang kita ketahui keenam-enam tupai ini dihasilkan dengan teknik kesan khas komputer tetapi interaksinya dengan manusia sebenar dalam filem ini memang langsung tidak janggal.

Keseluruhan, filem ini sememangnya menghiburkan tetapi secara peribadi penulis dan beberapa orang rakan lebih menggemari dua filem terdahulu kerana jalan cerita itu filem terbaru ini mudah dibaca.

Sipnosis

Sempena percutian keluarga, Dave selaku penjaga The Chipmunks dan Chipettes telah membawa mereka berenam belayar bersama cruise namun tidak sangka, percutian yang sepatutnya digunakan untuk berehat berubah menjadi masalah besar apabila keenam-enam mereka hilang di tengah pelayaran.

Semuanya berlaku atas kenakalan Alvin sendiri dan hasilnya mereka terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni. Berbekalkan harapan yang Dave akan datang menyelamatkan mereka, Chipmunks dan Chipettes cuba berdikari untuk hidup tanpa sebarang keselesaan yang pernah mereka nikmati sebelum ini. Persoalannya mampukah mereka bertahan dan adakah Dave akan datang menyelamatkan mereka?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s