Chef Riz & Ana Dahlia Sah Bergelar Suami Isteri.

Tengahari semalam berlangsungnya majlis pernikahan antara chef kontroversi, Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz bersama Ana Dahlia di rumah pengantin perempuan bertempat di Taiping, Perak.

Majlis pernikahan mereka berdua yang dihadiri oleh sanak-saudara keluarga terdekat dan rakan-rakan berjalan lancar dengan sekali lafaz sekitar jam 12.30 tengahari. Ana Dahlia yang berwalikan ayahnya dinikahkan oleh Ustaz Nawi Osman, Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Perak dengan mas kahwin sebanyak RM1,001.

Majlis tersebut menyaksikan Chef Riz menghantar wang hantaran sebanyak RM20 ribu dengan mas kahwin RM1001.00 beserta 10 dulang hantaran dan pihak perempuan membalas dengan 15 dulang hantaran.

Pihak lelaki menerima hantaran berupa dompet, telefon bimbit Blackberry, minyak wangi, tali pinggang, set kelengkapan diri, pen, jam tangan, sireh junjung, sepasang baju dan seluar, pemanis dan dua pasang kasut.

Sementara pihak perempuan pula menerima coklat, kek, minyak wangi, cermin mata, jam tangan, tas tangan, kain lace, sireh junjung, tepak sireh dan buah-buahan.

Majlis persandingan pasangan ini berlangsung semalam pada hari yang sama bertempat di Menara KamalBina, Taiping, Taman Tasik, Taiping, Perak. Sumber mStar

Semoga bahagia ke akhir hayat, jangan pula timbul balik cerita tipu ‘kelayakan’ macam rancangan Masterchef Malaysia ya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s