Raja Azmi Mohon Maaf kepada TPM

Konfrontasi penuh kontroversi yang melibatkan produser Raja Azmi Raja Sulaiman berhubung ketidakpuashatiannya dengan kemenangan Presiden Gaffim (Gabungan Karyawan Filem Malaysia), Jurey Latiff Rosli yang telah meraih trofi Pengarah Harapan menerusi filem ‘Libas’ di malam pembukaan Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) pada 16 November lalu adalah antara topik hangat jadi bualan ramai minggu lalu. Apa tidaknya, insiden ‘mengamuk’ yang dilakukan oleh Raja Azmi terhadap Jurey sedikit sebanyak mencemarkan malam anugerah perfileman berprestij tersebut.

Meskipun ada segelintir pihak yang menganggap tindakan Raja Azmi sesuatu yang patut dan disifatkan ‘wake up call’ kepada penganjuran FFM yang seringkali dilanda badai kontroversi kerana penganugerahannya dilihat lebih bersifat kroni atau mempunyai agenda tersendiri. Namun apa yang tidak sedapnya, apabila insiden tersebut turut disaksikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan tetamu kehormat pada malam anugerah tersebut.

Akur dengan kekhilafan sendiri yang disifatkannya seakan tidak menghormati TPM, Raja Azmi, dengan penuh rasa kerendahan hati telah menyerahkan surat rasmi permohonan maaf kepada TPM Isnin lalu.

Memetik kenyataan yang dibuatnya kepada Akhbar Harian Metro, Raja Azmi telah menyerahkan surat tersebut kepada pembantu TPM, Salina Dahalan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra.

Menurut Raja Azmi, dia mengambil keputusan tersebut selepas merasa bertanggungjawan atas keterlanjuran yang dilakukannya di hadapan TPM tempoh hari. Dia turut menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah sesuatu yang tidak sengajakan dan sama sekali tidak mempunyai niat untuk membelakangankan TPM.

Tambahnya lagi, dia sendiri teruja dan amat terharu dengan kesudian TPM yang walaupun dalam kesibukan tugas tetap sudi melapangkan masa memeriahkan FFM24 sekaligus menyokong industri perfileman kita.

Namun keterujaan tersebut tidak mampu menutup kekecewaannya apabila Jurey Latiff yang diibarat ‘tuan rumah’ pada malam anugerah tersebut turut meraih anugerah, sehingga dia bertindak di luar kawalan.

“Ketika itu saya merasakan keputusan juri FFM24 sangat kelakar dan pembabitan jurey cukup tidak adil bagi produser lain yang turut bertanding. Saya melaung dengan penuh rasa kecewa sebelum meninggalkan majlis tersebut selepas mendengar nama Jurey diumum sebagai pemenang,” ujarnya yang turut mengakui menerima nasihat daripada suami, Jalani Sidek dan teman rapatnya agar segera memohon maaf kepada TPM.

Produser filem ‘… Dalam Botol’ ini juga berharap agar isu ini akan selesai dan tiada lagi pihak yang cuba memperbesar-besarkan isu ini, sengaja membuat ianya berlarutan.

Meskipun terheret dengan gejolak keputusan FFM24, semangat wanita berusia 52 tahun ini tidak akan lemah dari terus menghasilkan filem yang lebih berkualiti.

Selain itu, dia turut berharap agar penganjuran FFM diambil semula sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan filem Nasional (FINAS) bagi mengelakkan wujud sebarang kepentingan peribadi apabila FFM diankurkan oleh mana-mana persatuan filem di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s