Foto Cium Selebriti Wanita & Lelaki ‘Penyelam’ Bikin Panas !

2 keping foto aksi liar seorang selebriti wanita, termasuk aksi berciuman dengan lelaki ‘penyelam’ disiarkan melalui sebuah program televisyen menjadi perbualan hangat minggu ini. Kononnya, selebriti wanita ini menyambut parti Halloween bersama rakan di sebuah pulau peranginan, atau lebih tepat di Kampung Salang Pulau Tioman. Selain daripada foto, beberapa saksi turut mengesahkan akan kehadiran selebriti wanita itu di pulau berkenaan melalui sebuah forum gosip.

Selebriti wanita yang kini memegang status janda anak satu dikatakan ‘mengilai’ lelaki penyelam yang berumur sekitar 19-20 an ini. Ada yang berkata, lelaki penyelam ini turut pernah menjadi pasangan kekasih buat seorang lagi penyanyi wanita apabila dia putus cinta dengan seorang finalis bintang realiti.

Apabila tersebarnya cerita ini, ada pihak yang mendakwa kehidupan selebriti wanita itu agak terumbang-ambing selepas mengalami penceraian baru-baru ini. Katanya, mungkin juga selebriti wanita itu cuba untuk menghilangkan ‘kenangan indah’ bersama bekas suami dengan berparti sakan di pulau peranginan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s