Hidap Denggi, Zamarul Hisham Masuk Wad !

Aktor berprolifik, Zamarul Hisham telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam pada Ahad lalu selepas disahkan menghidap demam denggi.

Ini bukan pertama kali suami kepada Diana Rafar ini dimasukkan ke hospital akibat denggi kerana sebelum ini dia turut menerima nasib yang sama pada tahun 1995.

“Saya mengalami simptom demam sejak Sabtu lalu. Pada keesokan harinya (Ahad) saya sempat lagi menyambut hari jadi anak kami, Kashfi Haiqal yang berumur setahun. Tapi masa itu, saya memang dah menggigil kesejukan,” ujar Zamarul.

Meskipun sedang bergelut dengan kesakitan, Zamarul nyata masih komited dengan tugasnya kerana masih sanggup bergegas ke set penggambaran telemovie terbarunya, ‘Bismillah’.

“Saya memang rasa bersalah sangat sebab tinggal 17 babak saja lagi. Drama ini untuk slot Cerekarama tapi tak pasti bila tarikh tayangannya.

“Tinggal sehari dan ada 17 babak saja lagi sebelum shooting selesai, jadi saya gagahkan juga diri ke set. Tapi bila dah kat sana, pengarah, Murali Abdullah suruh saya balik. Kemudian saya pergi ke hospital. Selepas menjalani pemeriksaan darah, saya disahkan menghidap demam denggi,” jelasnya lagi.

Tambah Zamarul lagi, pada masa ini kadar denggi agak meningkat di Shah Alam. Zamarul juga percaya yang dia terkena denggi ketika berada di salah satu lokasi penggambaran ‘Bismillah’, berhampiran Puchong.

” Kami menjalani penggambaran di kawasan lombong dan kawasan tu memang banyak nyamuk, saya pula pada masa tu tak pakai baju. Jadi rasanya memang kena denggi dari lokasi itulah,” kata Zamarul yang bakal menjalani penggambaran drama 20 episod, ‘Anakku Sazali pada 4hb. November ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s