MISTERI JALAN LAMA : AFDLIN CUBA GENRE BERBEZA

Tarikh Tayangan : 24 November 2011

Pengarah : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Penerbit Esekutif : Gayatri Su-Lin Pillai

SENARAI PELAKON

Ilya – QUE HAIDAR
Indra – HANS ISAAC
Sania – MARION CAUNTER
Old Lady / Queen Dewata – VANIDAH IMRAN
King Dewata – NASIR BILAL KHAN
Harak – AFDLIN SHAUKI
Iskandar – DATO’ AHMAD TAMIMI SIREGAR
Botak – NAMRON
Nina – LIYANA JASMAY
Zak – ADAM CORRIE LEE
Zaidi – MOHD SOBRI ANUAR
Sara – SABRINA HASSAN
Jannah – SARI YANTI
Tokey Warung – YALAL CHIN
Indra (20 TAHUN) – GAMBIT
Ilya (15 TAHUN) – A. RAZIF A. RAZAK
Indra (10 TAHUN) – MUHAMMAD HAZIQUE AHSYARAF
Ilya (5 TAHUN) – MUHAMMAD REEVES DANIEL
Indra (5 TAHUN) – IMRAN FARIS

SINOPSIS MISTERI JALAN LAMA

 Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah Long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi mereka berdua ? siapakah sebenarnya mereka ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? Nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini yang bakal menemui penonton pada 24 November 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s