Negeri Sembilan melangkah ke separuh akhir dengan bergaya

PAROI – Kunjungan Felda United ke stadium Paroi sememangnya dinantikan oleh penyokong Negeri Sembilan untuk menebus kehampaan setelah tewas 0-1 di stadium MBPJ kelmarin.

Berbekalkan satu gol Felda United mempunyai kelebihan kerana Felda United hanya perlu seri  sekiranya gagal untuk memenangi perlawanan ini di hadapanlebih dari 30 ribu  penyokong Negeri Sembilantadi yang membanjiri stadium STAR malam tadi.

Negeri Sembilan bermain dengan baik di separuh masa yang pertama dan pada minit ke 18  separuh masa pertama Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol pertama bagi Negeri Sembilan untuk mendahului FELDA UNITED. Permainan berakhir di separuh masa pertama dengan Negeri Sembilan mendahului FELDA UNITED 1 – 0

Pada separuh masa kedua bermula, Negeri Sembilan terus memburu jaringan. Serangan demi serangan telah disusun oleh Negeri Sembilan namun gagal menemui sasaran. Pada minit ke 17 Negeri Sembilan telah membuat satu pertukaran dengan memasukkan ayan tambatan mereka Mohd Zaquan Adha menggantikan Mohd. Firdaus Azizul.

Kemasukkan Zaquan yang  baru pulih dari kecederaan menukarkan rentak permainan dan memberikan semangat baru kepada rakan rakan sepasukan. Hairuddin Omar lebih bebas bergerak kerana benteng pertahanan FELDA UNITED terpaksa mengawasi Zaquan.

Permanan ditamatkan dan berlarut ke masa tambahan. Pada minit ke sepuluh separuh masa pertama dalam waktu kecederaan Idris Karim berjaya menanduk masuk bola setelah serangan bertalu dilakukan di hadapan pintu gol FELDA UNITED.

Lima  minit permainan masa tambahan akan ditamatkan, Hairuddin Omar sekali lagi  menanduk bola ke gawang FELDA UNITED mengukuhkan kedudukan Negeri Sembilan apabila permainan ditamatkan dengan kemenangan kepada Negeri Sembilan 3 – 0.

Negeri Sembilan layak ke separuh akhir dengan agregate 3-1. Negeri Sembilan akan bertemu dengan T Team dari Terengganu pada perlawanan separuh akhir.

Sumber: N9kini.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s