NS bermain baik walaupun tewas kepada FELDA UNITED

PETALING JAYA: Negeri Sembilan bermula dengan baik dan yakin pada separuh masa pertama dalam pertemuan pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium MBPJ , Kelana Jaya.

Beberapa serangan tepat ke pintu gol berjaya dilakukan oleh pasukan negeri sembilan  tetap gagal untuk  menghasilkan sebarang gol pada perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011, kelmarin.

Dua percubaan kencang Halim Zainal dan Shukur Adan juga gagal mengoncangkan gawang Felda United.Permainan bersekesudahan tanpa jaringan di separuh masa pertama.

Sebaik saja permianan dimulakan pada separuh masa kedua pasukan Felda United pula membuat serangan bertubi-tubi ke kawasan Negeri Sembilan.

Pada minit  58 pemain yang memakai jersey no 19 K Rajan telah berjaya membolosi gawang Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan terus mengasak dan cuba mencari gol penyamaan. Mohd Firdaus yang mendapat peluang yang terbaik gagal untuk menjaringkan gol apabila hanya berdepan dengan penjaga gol di dalam satu pergelutan dihadapan pintu gol Felda United.

Nasib sememangnya tidak menyebelahi negeri sembilan apabila satu pergelutan yang sepatutnya menghasilkan jaringan berakhir dengan tanpa jaringan.

Akhirnya, Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada pasukan Felda United dan akan menunggu perlawanan ke dua peringkat suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 14 Oktober ini bagi menentukan kelayakkan ke separuh akhir. Felda United akan bertandang ke Negeri Sembilan dengan berbekalkan satu gol.

Sumber: N9kini.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s