Pian Syok Sendiri !

Berita Pian Cecupak akan mengahwini seorang model, Aida Hazira Ahmad Razman sudah tersebar sejak beberapa hari lalu di blog-blog hiburan. Kami sengaja tak mahu melaporkan kerana tidak pasti kesahihannya. Kami cuba juga mencari info tentang Aida Hazira dan hanya menemukan profil seorang model lain yang bernama Aida Hazira tetapi dia bukan yang dikaitkan dengan Pian.

Hari ini, model sambilan yang dikatakan akan mengahwini Pian menafikan tentang itu kepada Harian Metro.

“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin. Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan.

Oh, ni kes syok sendiri kah?

Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu.

Aida ketika ditemui di Ampang Park, di sini, semalam melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan selebriti itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s