Azean semakin tenat.

Seniwati Azean Irdawaty atau Kak Yan perlukan bantuan kerana kesihatan beliau semakin tenat.

Ikuti dialog beliau :

“Ya, kesihatan saya masih belum pulih. Saya tidak boleh bergerak, berdiri dan berjalan langsung. Dari tengkuk ke kaki semua sudah keras, berat, panas dan sakit. Buat masa sekarang tiga orang jururawat menjaga kerana setiap kali mahu mengangkat saya, mereka perlu sorong ke bilik air dan angkat pula ke katil. Badan saya berat kerana air yang bertakung di seluruh badan kesan daripada rawatan yang dijalankan. Mereka juga membantu saya untuk mandi, basuh, suap makan dan minum dan senaman physio.

“Suami dan anak-anak juga sakit kerana menjaga saya. Setiap hari juga anak-anak akan pergi kerja lambat dan ada ketikanya terpaksa mengambil cuti. Setiap kali di angkat dada, ketiak dan tulang belikat jadi sakit. Jururawat terpaksa mengurut pula. Saya hanya mampu menahan sakit, menggunakan pampers, memakai sarung tangan dan mengambil makanan tambahan.

“Buat masa ini, saya sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan. Esok saya kena masuk hospital kerana doktor yang datang merawat ke rumah memberitahu berkemungkinan besar kanser ada semula dan kali ini merebak ke tulang belakang. Ia akan memakan masa 5-6 bulan untuk sembuh. Insya-Allah, saya perlu cari sumbangan untuk rawatan selama enam bulan lagi.”

Sama-sama kita doakan Kak Yan kembali sembuh seperti sediakala. Amin.

One thought on “Azean semakin tenat.

  1. mudah2an Allah akam membantu kepada hambanya yang sedang berada didlm keadaan yang genting juga memberikan ketabahan hati menerima yang datang dari Allah dengan tenang Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s