STACY- budak nakal yang sukses

TIDAK HAIRANLAH STACY MASIH MAMPU BERTAHAN DAN POPULAR  SEHINGGA KINI. SEBUT SAHAJA STACY, ANAK-ANAK KECIL PUN SUDAH MENGENALINYA. BAIT-BAIT LAGUNYA “AKU STACY”, “PAKAI BUANG” DAN “GAGAP” MERUPAKAN ANTARA YANG MENJADI SIULAN PEMINAT. SESUAILAH DENGAN EDISI SELEBRITI KALI INI, REMAJA TAMPILKAN STACY SEBAGAI MUKA DEPAN KERANA MERASAKAN YANG PADA DEKAD INI STACY ANTARA PENYANYI PEREMPUAN YANG NAMANYA CUKUP BERSINAR. JADI TUNGGU APA LAGI! JOM KITA KONGSI CERITA MENARIK TENTANG STACY.

Stacy kini kembali menemui peminat dengan album terbarunya, “Stay-C”. Menampilkan variasi genre lagu seperti balada, rock, dance dan pop, album ini memuatkan lagu “Kisah Dongeng”, karya Edry Abdul Halim yang pernah menjuarai carta-carta hit di radio tempatan. Untuk melengkapkan penampilan album baru Stacy ini, pihak Astro turut menerbitkan tujuh buah lagu antaranya “Kasanova”, “Cemburu”, “Bosan”, “Lalai”, “Kapsul”, “Gempur” dan “Pelangi Senja”. “Setelah tiga tahun berkecimpung di dalam dunia seni tanah air, saya merasakan hari demi hari saya semakin matang termasuklah dalam pembikinan album ini. Banyak perubahan dan perbezaan berbanding dengan album yang terdahulu. Namun begitu, saya tetap mengekalkan genre muzik yang sama kerana ini adalah jiwa saya. Harap peminat-peminat di luar sana tidak ketinggalan mendapatkan album terbaru daripada saya dan paling penting belilah yang original,” ujar Stacy.

MENJADI KENYATAAN
Apabila ditanya sama ada kerjaya seni ini merupakan cita-cita dan impiannya sejak dari sekolah lagi  ataupun tidak, Stacy terdiam seketika sebelum memberikan jawapan. “Memang benar sejak dari sekolah lagi saya sememangnya berangan-angan untuk menjadi seorang bintang. Waktu itu juga, saya sudah mula merancang apa yang akan saya buat bila sudah popular dan dikenali. Walaupun ada orang mengatakan angan-angan ini buang masa, namun saya percaya daripada angan-angan itulah ia mampu jadi kenyataan. Ternyata pandangan saya itu tidak salah dan akhirnya hari ini saya berjaya membuktikan kepada semua bahawa angan-angan saya itu mampu menjadi kenyataan berkat usaha yang tidak pernah putus. Percayalah, sekiranya niat kita baik dan serius dengan yang diimpikan, setiap angan-angan itu pasti dapat direalisasikan,” katanya dengan penuh semangat.

”  Saya ini memang budak nakal SATU MASA dahulu. Macam-macam saya nak buat terutamanya kalau tengok adik-beradik lelaki saya buat. Lagilah saya ingin meniru. Boleh   dikatakan, perangai saya macam lelaki sedikit.”

PENGALAMAN BERBEZA
Tidak mahu diasak dengan terlalu banyak  soalan tentang dunia seni, REMAJA sengaja mengalihkan perhatian Stacy untuk bercerita tentang dunia remajanya. Mungkin ramai yang ingin mengetahui siapakah Stacy semasa belasan tahun. Stacy yang murah dengan senyuman ini seperti tidak sabar untuk bercerita. “Sekiranya mahu diceritakan satu-persatu pengalaman semasa belasan tahun, memang banyak dan tidak akan habis. Namun cukuplah saya katakan yang saya ini memang budak nakal semasa dahulu. Macam-macam saya nak buat terutamanya kalau tengok adik-beradik lelaki saya buat. Lagilah saya ingin meniru. Boleh dikatakan, perangai saya macam lelaki sedikit. Bahkan saya ini tidak ramai kawan dan kawan- kawan yang paling rapat adalah adik-beradik sendiri. Selain itu, saya rasa ramai yang sudah tahu saya banyak menghabiskan dunia remaja saya dengan bekerja. Saya mula bekerja dan belajar berdikari sejak berusia 14 tahun lagi hinggalah sekarang. Jadi mungkin pengalaman remaja saya berbeza dengan remaja lain yang seusia dengan saya kerana mereka mungkin banyak pengalaman tentang hal-hal berkaitan sekolah, pelajaran dan kawan-kawan.

MINAT & KESUNGGUHAN
Menjadi penyanyi dan penghibur dalam  usia yang muda, Stacy berkongsi sesuatu dengan remaja di luar sana yang teruja untuk menjadi sepertinya. “Tidak salahkalau ada minat, namun perlu juga ada kesungguhan. Bukan itu sahaja, selain dua perkara tersebut kamu haruslah selalu berfikir secara rasional terutamanya apabila  membuat sebarang keputusan. Paling penting, bila terjun sahaja ke dalam dunia glamor ini cabarannya memang banyak. Jadi haruslah banyak bersabar dan jangan cepat melatah. Dalam masa yang sama,  jangan kecewakan perasaan ibu bapa kita. Pastikan niat kita untuk memasuki bidang ini adalah untuk membuatkan mereka bangga dan membantu mereka. Bukannya hanya untuk mengejar glamor sematamata,” nasihat Stacy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s