Nazirah berhenti kerja demi Nabil

Sah bergelar suami isteri selepas di ijabkabulkan tanggal 30 September yang lepas, pelakon dan pelawak, Ahmad Nabil Ahmad, 28 tahun dan pasangannya, Nazirah Ayub, 22, kini bersedia untuk mengharungi segala ombak dan badai yang mungkin akan menduga mereka nanti.

Memahami tugas suaminya sebagai penghibur yang mempunyai ribuan peminat, menurut Nazirah atau zira, dia bukanlah seorang wanita yang terlalu cemburu dan menerima kerjaya Nabil dengan sebaik mungkin.

Selepas akad nikah

“Saya menerima dirinya dan kerjayanya sekali, jadi saya faham tugas dia dan tidak cemburu. Lagipun, saya memang bukan perempuan yang mudah cemburu,” jelas Nazirah yang merancang untuk mengerjakan umrah bersama Nabil.

Tangguh Anak

Berhasrat untuk menimang tiga orang anak dalam perkahwinan ini, Nabil bagaimanapun mengakui dia dan isterinya, masih belum sedia untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini.

“Buat masa ini, untuk tahun pertama berkahwin, saya rasa biarlah kami berdua dahulu.

“Mungkin tahun kedua nanti baru kami fikirkan soal anak. Walaupun begitu, saya merancang untuk memiliki tiga orang anak,”jelas Nabil.

Tidak Bekerja

Nazirah yang sebelum ini merupakan seorang pramugari nekad berhenti kerja semata-mata untuk memberi tumpuan dalam rumah tangga.

“Sekarang saya tumpukan perhatian dalam rumah tangga sahaja, mungkin selepas memiliki anak pertama barulah saya akan fikirkan untuk bekeja semula, tetapi bukan lagi sebagai pramugari,”jelas Nazirah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s