kamal adli nafi terjerat cinta lokasi.

Cerita cinta antara dia dan pelakon jelita Indonesia, Olivia Jensen Lubis sedang hangat dimainkan di ruang-ruang gosip media Indonesia, bahkan mereka juga dikatakan terjerat dengan cinta lokasi apabila sama-sama bergandingan dalam sebuah filem gabungan dua syarikat produksi tempatan, Excellent Pictures dan Erama.tv dengan kerjasama syarikat produksi prolifik dari Indonesia, Wana B Pictures iaitu Gerimis Mengundang.

Menghabiskan lebih kurang tiga bulan bersama dalam menjalani penggambaran filem Gerimis Mengundang ini, tidak mustahil jika ada sesuatu di dalam hati Kamal dan Olivia.

Namun, perkara ini disangkal oleh Kamal dan mengakui dia masih setia bersama kekasihnya, Intan Ladyana dan apa yang digosipkan di Indonesia adalah khabar angin kosong sahaja.

“Itu hanya permainan media di sana, sebelum mereka menayangkan apa-apa filem di layar panggung di sana, perlu ada cerita-cerita sebegini untuk menarik peminat datang menonton.

“Tambahan pula mereka belum mengenali saya, jadi bila ada cerita cinta sebegini orang akan lebih mengenali saya di sana.

“Ada baik dan buruk perkara ini berlaku, yang positifnya nama saya mula menjadi sebutan di sana, tetapi yang negatifnya, ramai di kalangan peminat dan keluarga saya bertanya adakah benar gosip itu berlaku.

“Sewaktu cerita ini mula-mula keluar, keluarga dan Intan ada bertanya, tetapi bila sudah dijelaskan mereka faham. Saya tidak boleh menolak kerja media, itu tugas mereka jadi saya terima semua ini dengan baik,”jelas Kamal.

Risau

Sukar mencari keserasian bersama Olivia, ketika di awal penggambaran filem ini, Kamal bagaimanapun mengakui dia selesa bergandingan bersama wanita tanah seberang ini.

“Memandangkan saya tidak mempunyai masa yang banyak sewaktu memulakan penggambaran ini, jadi saya tidak berkesempatan bertemu Olivia untuk mencari keserasian. Ini perkara yang paling merisaukan saya, lebih-lebih lagi dia masih berusia muda, saya bimbang akan menganggap dia seperti adik saya nanti.

“Tapi Alhamdulillah, selepas bertemu dan duduk bersembang bersama, kami akhirnya berjaya mencipta keserasian itu,”jelas Kamal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s