:: KEK KEJU TIGA LAPIS ::

Bahan-bahan:
60ml air
1 sudu besar gelatin
380g krim keju
125ml susu segar
70g gula kastor
60g coklat putih, coklat hitam dan susu coklat, diasingkan
250g krim putar

Bahan Asas Kek:
130gm biskut oreo tanpa krim
70gm mentega cair

Cara memasak:
1. Hancurkan biskut oreo dan sebatikan bersama mentega.
2. Kemudian padatkan biskut oreo untuk dijadikan asas kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ketepikan.
3. Campurkan air bersama gelatin hingga kembang dan panaskan di atas air yang mendidih.
4. Kemudian masukkan gula dan juga susu. Kacau rata dan asingkan kepada tiga adunan.
5. Masukkan coklat yang dicairkan dalam setiap adunan bersama krim keju.
6. Tuangkan adunan lapisan demi lapisan di dalam loyang berisi biskut oreo.
7. Sejukkan kek keju di dalam peti sejuk selama dua jam dan biarkan selama 20 minit sebelum dihidang.

credit : http://www.rasa.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s