Aizat Punyai Rancangan Masa Hadapan

ARTIS LELAKI INI SUDAH TIDAK ASING LAGI DI DALAM  INDUSTRI DUNIA HIBURAN MALAYSIA. PENYANYI YANG POPULAR DENGAN LAGU “PERGI” DAN “SUNGAI LUI” INI MENEMPA NAMA KETIKA MEMASUKI RANCANGAN REALITI TV POPULAR “AKADEMI FANTASIA 5”. BERIKUTAN ITU, NAMANYA SEMAKIN NAIK APABILA DIA MENDAPAT GELARAN JUARA DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-24 MENERUSI LAGU POPULARNYA “PERGI”. SEMAKIN HARI, DIA SEMAKIN LINCAH MENCARI PELUANG DALAM MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DI DALAM BIDANG NYANYIAN.

Aizat sekarang sibuk dalam prosesnya untuk mengubahsuai studionya menjadi studio rakaman. Selain itu, dia dalam proses membuat lagu baru untuk dikeluarkan pada tahun hadapan. Baru sahaja menamatkan konsertnya yang digelar Borneo Tour, Aizat kini sedang membuat persediaan untuk mengadakan persembahan di Dewan Philharmonic Petronas pada 3 Oktober ini. Menyebut tentang persediaannya, dia masih lagi memilih lagu mana yang akan dipersembahkan di hadapan para penonton nanti.

PUAS HATI
Menyebut tentang Borneo Tour yang telah dijayakannya baru-baru ini, Aizat ada menyebut tentang kegembiraannya apabila apa yang diimpikannya tercapai. “Saya berasa sangat gembira apabila berjaya menyempurnakan impian saya untuk melakukan konsert di Sabah dan Sarawak. Tujuan sebenar saya ialah untuk berjumpa dengan peminatpeminat di Sabah dan Sarawak memandangkan mereka susah untuk dat ang ke Semenanjung Malaysia dan berjumpa dengan saya. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk pergi ke sana dan berjumpa dengan mereka,” kata Aizat dengan nada gembira. Aizat juga mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya di sana yang tidak henti-henti menyokongnya.

MENGEMBANGKAN SAYAP SENI
Apabila ditanya tentang rancangannya untuk mengembangkan sayap  seninya di luar negara seperti Yuna, kata Aizat, “Perancangan itu ada, siapa yang tak nak kalau lagu sendiri kat luar negara, kan? Tapi bagi saya masanya belum tiba. Buat masa sekarang, saya hanya tumpukan kepada rezeki yang ada di dalam negara kita sahaja. Tetapi kalau ada rezeki di luar negara, saya tidak akan menolak,” kata Aizat sambil tersenyum. Aizat turut ditanya tidakkah dia ingin mencuba dunia lakonan, jawab Aizat sambil tergelak, “Saya pernah mendapat tawaran untuk berlakon tetapi saya tidak rasa yang saya ada bakat di dalam dunia lakonan.”

SAMBUNG BELAJAR
Aizat pernah menyatakan impiannya untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara.  Perancangan yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan apabila dirinya terikat dengan kontrak setahun bersama DiGi. Namun, itu semua bukanlah penghalang baginya untuk meneruskan citacitanya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Apabila ditanya tempat yang menjadi pilihannya untuk menyambung pelajaran, Aizat pantas menjawab, “Pilihan saya sama ada United Kingdom ataupun Amerika Syarikat.”

IDOLA
Bercakap tentang idola, pantas Aizat menjawab idola utamanya ialah Tan  Sri P.Ramlee selain Raihan dan The Beatles. Tanpa sempat bertanya, Aizat lantas menyambung, “Saya kagum dengan cara mereka bekerja. Ini kerana mereka tahu apa yang mereka mahukan dan apa yang mereka buat, itu yang membuatkan saya kagum dengan mereka. Saya harap agar saya dapat menjadi seperti mereka suatu hari nanti.” Aizat yang sejak dari kecil bercita-cita untuk menjadi penyanyi, mengagumi idolanya sebagai inspirasi untuk dia berusaha dengan lebih keras lagi dalam menjadikan cita-citanya satu kenyataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s