Martha Stewart Bukan Seorang Yang Penyayang, Dikritik Anak Sendiri !

Pastinya anda semua kenal siapa Martha Stewart bukan? Bagi yang masih tidak tahu, dia adalah seorang personaliti televisyen & majalah, dan juga seorang ahli perniagaan yang mempunyai kekayaan mencecah USD638 juta!

Dia juga mengacarakan rancangan televisyennya sendiri iaitu “The Martha Stewart Show” yang membicarakan tentang seni dan kreativiti, masakan, hiasan dalaman dan juga berkebun. Walau bagaimanapun, ini bukan pengukur tahap keibuan pada diri Martha.

Baru-baru ini, dia telah dikritik oleh anaknya sendiri, Alexis, 46 tahun. Alexis mengaku yang ibunya langsung tidak menunjukkan kasih-sayangnya ketika dia kecil sampai ke tahap Alexis perlu membalut hadiah krismas-nya sendiri.

“Ibu selalu menyuruh saya membalut hadiah sendiri. Dia akan memberi barang kepada saya sebelum krismas bermula dan berkata, ‘Balut hadiah ini sekarang tapi jangan tengok apa isinya’.”

Alexis juga turut mendedahkan perangai ibunya yang menjengkelkan apabila dia memberitahu bahawa ibunya suka membiarkan pintu tandas terbuka apabila dia berada di dalam. Alexis turut menambah, “ibu saya akan biarkan pintu terbuka bila dia buang air kecil. Ini memalukan saya.”

Alexis, janda anak satu membuat pengakuan ini dalam buku tulisannya, ‘Whateverland: Learning to Live Here’ yang akan dikeluarkan pada 18 Oktober ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s