KARNIVAL MEMANCING TAWAR HADIAH LUMAYAN

SEREMBAN – Hadiah lumayan, wang tunai RM25,000 menanti pemenang Karnival Memancing 2011 yang akan diadakan selama tiga hari mulai 11 November ini di Port Dickson.

Selain wang tunai, karnival anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan turut menawarkan hadiah cabutan bertuah iaitu motosikal, televisyen, komputer riba, basikal, mesin basuh dan beberapa peralatanelektrik dan audio visual.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, pertandingan itu berlangsung selama empat jam mulai pukul 8 pagi di Pantai Bagan Pinang di Batu 3, Jalan Pantai Port Dickson.

“Penyertaan terbuka kepada orang ramai dengan yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan bagi sebatang joran.

“Pemenang ditentukan melalui ikan paling berat dan hadiah wang tunai RM25,000 menanti juara, RM7,000 (kedua) dan RM5,000 bagi tempat ketiga,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi karnival itu di sini semalam.

Turut hadir Pengarah JKR negeri, Datuk Dr. Ir Roslan Md. Taha.

Ismail memberitahu, peserta yang menduduki tempat keempat hingga ke-40 akan membawa pulang wang tunai antara RM3,000 hingga RM120.

Tambahnya, sempena karnival itu, beberapa program sampingan seperti ekspo jualan, pameran, sukaneka dan persembahan kebudayaan akan turut diadakan.

“Orang ramai harus merebut peluang ini kerana ini merupakan julung-julung kalinya kelab sukan dan kebajikan ini mengadakan aktiviti memancing yang menawarkan hadiah lumayan,” ujarnya.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan itu boleh mendapatkan borang melalui surat khabar, majalah pancing, kedai pancing atau menghubungi kakitangan urus setia pertandingan, Hairol di talian 019-6722777, Hasbullah (019- 4518844), Fairoz (019-6722555), Mazlan (017-2937444), Yusran (013- 9540662) dan Tazlini (012-2453235).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s