Jelmaan Michael Jackson akan muncul dengan lagu Melayu

Bukan Michael Jackson, tetapi seorang penyanyi Filipina yang mendapat jolokan Michael Jackson di Filipina. Gary Valenciano akan merakamkan lagu dalam bentuk berbahasa Melayu untuk dimuatkan di dalam Album beliau.

Beliau yang dilaporkan media baru sahaja menghasilkan single berjudul ‘Ayu’ menjelaskan beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk membawa lagu berbahasa Melayu kerana bahasa tersebut tidak jauh bezanya dengan bahasa Tagalog yang merupakan bahasa yang digunakan di Filipina.

Beliau yang terkenal dengan nama pena Gary V  akan merakamkan lagu hasil penulis lirik Fatin dan susunan muzik dihasilkan oleh Sharon Paul.

Pendekatan yang diambil Gary V yang juga menjadikan Michael Jackson sebagai inspirasi beliau sedikit sebanyak menaikkan imej Bahasa Melayu di peringkat Asia seterusnya dapat memertabatkan imej bahasa di peringkat Antarabangsa.

“Sejujurnya semasa merakamkan ‘Ayu’ saya hanya mengambil masa dua jam untuk melengkapkan lagu tersebut kerana tidak beberapa sukar menyebut perkataan dalam Bahasa Malaysia kerana ia tidak banyak beza dengan Tagalog.” Itu kata beliau sepertimana yang dilaporkan media ketika mempromosi Album Single di Hard Rock Cafe di ibu kota.

Gary V juga dijangka akan melancarkan Konsert “Gary V Live in Malaysia 2011” yang bakal merangkumi dua persembahan di Hotel Horizon, Kota Kinabalu pada 12 November depan dan Wisma Fui Chiu, Kuala Lumpur sehari selepas itu.

Pengguna DiGi yang ingin memperoleh tiket percuma pada persembahan itu nanti perlu mendapatkan nilai tambah antara 26 September sehingga 13 November 2011.

Tiket-tiket boleh ditebus di kedai khusus DiGi bertempat di Low Yat Plaza dan Pusat DiGi di Api-Api 1Borneo di Kota Kinabalu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s