Wawasan lima tahun untuk wanita

NOOR HAYATI...tambah pendapatanNOOR HAYATI…tambah pendapatan

PERSATUAN Keusahawanan Wanita Bumiputera Malaysia (Wawasanita) melalui suntikan geran bantuan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merangka program strategik lima tahun bagi memacu wanita menjadi usahawan berjaya di peringkat domestik dan antarabangsa.

Presidennya, Noor Hayati Abdul Rahman berkata, program Small Office Home Office (Soho) itu yang kini memiliki 1,000 ahli memberi pendedahan mengenai kaedah yang boleh membantu mereka menjadi usahawan dengan hanya memulakan operasi di rumah melalui pelbagai segmen perniagaan.

“Program ini dapat membantu wanita khususnya ahli persatuan untuk mengenal pasti kebolehan dan minat mereka menceburi bidang perniagaan, malah ia memberi kesan positif kepada golongan yang sudah berkeluarga kerana selain mampu menjana pendapatan, mereka boleh memberi tumpuan kepada keluarga.

“Peluang untuk mereka membesarkan perniagaan cerah kerana terdapat pihak berminat untuk memasarkan produk mereka ke tahap lebih tinggi seperti pasar raya besar,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, permintaan tinggi daripada pasar raya besar sebenarnya memberi peluang kepada golongan wanita menjadi usahawan dan ada di antaranya kini berjaya menjadi pemborong utama di kawasan perumahan untuk membekalkan produk kepada peniaga lain.

Noor Hayati berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO), pihaknya sering mengadakan pertemuan dengan agensi kerajaan antaranya KPWKM serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bagi membantu wanita meningkatkan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi.

“Hampir 60 peratus ahli Wawasanita lebih berminat untuk menyertai segmen kecantikan sebagai pilihan perniagaan mereka. Pihak kami membantu mereka untuk mengetengahkan produk yang dikeluarkan itu bagi dipasarkan ke peringkat lebih tinggi dengan melalui bantuan sedia ada antaranya bekerjasama bersama Miti,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s