Masih Sedih Kehilangan Anak

Safura reda dengan pemergian Mariam.

Pelakon Safura Yaacob menganggap kematian anak pertama hasil daripada perkahwinannya dengan pelakon Sharonizam Noor iaitu Nur Aisyah Mariam, 3, sebagai ketentuan takdir dan reda dengan pemergiannya.

Safura berkata, ketiadaan Mariam akan membuatkan dia sekeluarga berasa sedih untuk menjalani kehidupan harian memandangkan anak mereka itu seorang yang lincah dan menjadi penghibur dalam keluarga.

“Sekarang ini, saya tak tahu bagaimana mahu membiasakan diri tanpa Mariam. Jika sebelum ini, dia selalu meminta saya masak pelbagai jenis makanan dan antara kegemarannya ialah spageti dan minuman Vitagen.

“Malah kami sempat menyambut hari jadinya yang beza sehari dengan tarikh lahir suami pada 23 Ogos lalu. Awal-awal lagi dia pesan mahu kek berwarna merah jambu. Alhamdulillah, setakat ini, semua permintaannya kami dapat tunaikan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Tasek Tambahan Ampang, di sini, Selasa.

Allahyarham telah meninggal dunia akibat demam berpanjangan pada Isnin lalu di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira pukul 9 malam. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Selasa lalu.

Dari kiri: Sharonizam, Firdaus dan Safura. Foto JEFFRI IRAN, UTUSAN

Sementara itu dalam perkembangan lain Safura yang sedang mengandung lima bulan ingin menamakan bayi yang bakal lahir itu sama dengan nama Allahrayham jika ia adalah bayi perempuan.

“Selepas jenazah disembahyangkan di rumah, saya sempat berbisik pada jenazah Mariam akan menggunakan namanya untuk anak yang bakal lahir ini,” ujarnya sambil menitiskan air mata.

Sementara itu, Sharonizam pula berkata, dia begitu rapat dengan Mariam selepas Safura melahirkan anak kedua mereka, Yusoff Firdaus yang berusia setahun dan pemergian anak perempuannya itu ternyata membuatkan fikirannya benar-benar terganggu.

“Sukar untuk saya gambarkan keadaan kami sekarang ini lebih-lebih lagi, Mariam begitu rapat dan manja dengan saya.

“Malah sebelum pemergian Mariam, saya menjaganya sehinggakan kepala saya pening disebabkan tak cukup tidur. Lebih-lebih lagi apabila dia mula gelisah kerana badan kurang selesa, ada sahaja permintaannya yang sekejap ingin tidur dalam buaian, kemudian, mahu tidur di bilik pula. Apa-apa pun, saya terima ujian takdir ini,” ujarnya menahan sebak.

Selain Mariam dan Firdaus, Safura turut mempunyai dua orang anak iaitu Nurul Natasha, 17 dan Muhammad Daniel Khaqim, 11, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s