Kes Penipuan Chan Kong Choy Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi KL

Kes penipuan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, PKFZ akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Keputusan itu setelah hakim Mahkamah Sesyen, Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan permohonan timbalan pendakwa raya, Datuk Nordin Hassan mengikut Seksyen 418 A(1) Kanun Prosedur Jenayah.

Hakim Azhaniz Teh tidak menetapkan tarikh sebutan kes itu di mahkamah tinggi dan ia terpulang kepada timbalan pendaftar mahkamah tinggi.

Beliau juga membatalkan permohonan Tan Sri Chan untuk menangguhkan perbicaraan, sementara menunggu perbicaraan kes penipuan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik selesai.

Tan Sri Chan, 55, mengaku tidak bersalah pada 28 Februari lalu, terhadap 3 pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan memperdayakan beliau untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd sebagai pemaju siap guna bagi menjalankan pembangunan projek hub penghantaran di zon bebas Pulau Indah dan kerja-kerja mengubah suai di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.

One thought on “Kes Penipuan Chan Kong Choy Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi KL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s